Definisi Organisasi

Menurut perspektif Islam kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat berjemaah dengan melantik seorang ketua iaitu Imam. Begitu juga dengan bermusafir. Manusia digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang mereka sebagai ketua. Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.