Dalam sebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan sesuatu yang penting dalam segala urusan yang berlaku antara majikan iaitu ketua dengan orang bawahan. Allah SWT menjanjikan balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman Allah SWT:
" Sesiapa yang beramal soleh lelaki atau perempuan yang sedang beriman maka kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan akan membalasnya dengan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan "
(Surah Al-Nahl 16:97)