Penurunan Kuasa Pada Zaman Rasullulah SAW dan Para Sahabat
Penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasullulah SAW telah diwarisi oleh para sahabat. Kurdi Ali dalam Mustafa 1995 menyatakan bahawa cara pentadbiran Umar Al-Khatab adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya Abu Bakar iaitu yang memberi kebebasan kepada Gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permasalahan awam, dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutup atau terbuka. Penurunan kuasa adalah bagi tujuan perlaksanaan bertulis yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan dan tempat.