Pengenalan

Sebuah organisasi perlu mempunyai maklumat atau objektif pengurusan yang tersendiri. Begitu juga di dalam pengurusan Islam, objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang dicapai oleh organisasi.

Objektif Pengurusan Islam


  1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan oleh sesebuah organisasi. 
  2. Objektif yang jelas membolehkan segala sumber serta usaha digerakkan ke arah pencapaian objektif.
  3.  Perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini, pengalaman masa lampau, serta tuntutan pada masa hadapan.
  4. Objektif membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh dan mengenal pasti masalah, cabaran, serta pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah yang datang.

Matlamat Umum Syariah (Maqasid Syariah)

Menurut konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umu syariah Islamiyah. Menurut Imam Syartibi dan Al-Ghazali matlamat umum syariah merangkumi 5 komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu keselamatan akal, agama, harta, jiwa atau nyawa dan keturunan yang setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, hata, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Maqasid Syariah secara umumnya ialah 5 prinsip yang asas yang berikut:

1. Menjaga Keselamatan Agama

Agama memisah kualiti sebenar seorang muslim dan amat berkait rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang.

2. Menjaga Keselamatan Jiwa (Nyawa)

Salah satu tujuan atau Maqasid Syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa serta tubuh badan manusia. Hal ini mewajibkan seseorang memelihara nyawanya dan nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah SWT iaitu:

" Dengan sebab (kisah pembunuh kejam) yang demikian itu, kami tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakkan di muka bumi, maka dia seolah-olah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. "
(Surah Al-Maidah 5:32)

3. Menjaga Keselamatan Akal

Akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah SWT yang paling berharga kepada manusia. Akal pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah yang membezakan manusia berbanding dengan mahluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikkan umat sejagat. Segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah dilarang termasuklah meminum arak, mengambil dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

" Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. "
(Surah Al-Maidah 5:90)

4. Menjaga Kesalamatan Maruah dan Keturunan

Memelihara maruah dan keturunan merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh demikian, segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan adalah dilarang sama sekali. Ini sejajar dengan firman Allah SWT:

" Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (Yang membawa kerosakkan) "
(Surah Al-Isra' 17:32)

5. Menjaga Keselamatan Harta 

Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman:

" Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yeng mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pecegah dari Allah SWT, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. "
(Surah Al-Maidah 5:38)

Prinsip Pengurusan Islam

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakkan atau perlaksanaan. Dalam konteks pengurusan islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam perlaksanaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Maka prinsip sebuah negara Islam melibatkan prinsip-prinsip yang berikut :

A. Al-Ubudiyyah
B. Al-Musawah
C. Al-Syura
D. Al- Adalah

Al-Ubudiyyah

Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang melibatkan maklumat dan prinsip utama manusia sebagai haba Allah SWT. Seluruh kegiatan seseorang individu dan seluruh kegiatan dalam organisasi perlulah berpegang pada konsep pengabdian diri kepada Allah SWT. Konsep ini membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah SWT merupakan landadan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991)

Allah berfirman dalam surah Al-Nahl yang bermaksud:
" Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepadaNya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah SWT "
(Surah Al-Nahl 16:51-52)

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah SWT untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memahami konsep Ubudiyyah yang berikut. 

  1. Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk beribadat sedangkan manusia boleh beribadat dimana sahaja sama ada di kebun atau di tempat-tempat perniagaan.
  2. Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah SWT serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadanya.
Dalam konteks organisasi konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu malah dapat membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara yang penting yang berkaitan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah seperti berikut (Rasid et al.,2008): 

  • Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT.
  • Cara, kaedah, atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT.
  • Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT. 
Konsep ubudiyyah jika difahami dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan positif pada pembentukkan watak dan budaya organisasi yang diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan termasuklah yang berikut:

  1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dalam agama. 
  2. Organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai suatu ibadat, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
  3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi suatu yang positif sejajar dengan prinsip agama.
  4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan organisasi.

Al - Musawah

Perkara-perkara yang membezakan setiap seorang manusia dengan manusia yang lain ialah amalan, tanggungjawab, dan ketakwaan. Firman Allah yang bermaksud :

" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku - puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu d isisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu) ".

Pelaksaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :

  • Semua warga organisasi harus diterima, terutama dalam sudut peraturan dan undang-undang.
  • Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan karana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta citarasa tersendiri.
  • Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama. 
  • Pembahagiaan tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.

Al-Hurriyah

Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusian yang melibatan perkara-perkara yang berikut :

  1. Kebebasan agama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.
  2. Kebebasan berfikir.
  3. Kebebasan bersuara.
  4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
  5. Kebebasan menuntu ilmu.
  6. Kebabasan bergerak.