Ciri-Ciri Organisasi

Sebuah pusat pengajian tinggi termasuk Politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, pusat penyelidikan dan juga institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat serta pengajaran dan pembelajaran lain. Bagi sebuah menara gading universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya.

Bagi organisasi kecil atau besar ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Disamping itu, kedua-dua organisasi kecil dan besar sudah tentu berbeza dari segi bilangan hierarki aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Contohnya, organisasi besar mungkin lebih daripada tiga tingkat autoriti. Setiap tingkat autoriti mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi. Umumnya, orgamisasi pembuatan ini mengujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran.