Ketaatan Kepada Organisasi

Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Terdapat faktor yang mesti diambil kira bagi menjadi arahan sebagai sesuatu yang mesti diterima. Antaranya ialah, arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tugas, tugas yang diarahkan oleh majikan terdapat dalam deskripsi kerja dan kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja. 

Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Elemen ini amat penting untuk melicinkan perjalanan organisasi dan melibatkan arahan tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak. Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil daripada firman Allah SWT yang bermaksud:


" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasullulah SAW dan kepada '' Ulil-Amri " (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada (kitab) Allah SWT (Al-Quran) (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 
(Surah Al-Nisa: 4:59)

" Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai atau sesuatu yang mendahulukan kepentingan kamu. " 
(Hadis Riwayat Muslim)

Kepentingan prinsip ketaatan dalam sebuah organisasi amat jelas. Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu Kesetiaan Kepada Organisasi dan Kepatuhan Pada Displin.

1. Kesetiaan Kepada Organisasi
    Seorang pengurus mesti setia kepada organisasi, ia tidak boleh:
  • Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
  • Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
  • Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasinya yang lain seperti memberi maklumat rahsia organisasinya kepada pesaing yang lain.
  • Pekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu.
2. Kepatuhan Kepada Displin
  • Kepentingan Displin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. 
  • Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja.
  • Tanpa displin operasi organisasi akan kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi.
  • Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan oleh pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan berkaitan dengan kerja.